Sticky Post


Assalamualaikum dan hallo semua.Tajuk entry yang pertama ni saya nak tanya pada semua.

"Kenapa nak susah Kalau ada yang Senang?"

Apa yang saya nak sampaikan adalah, zaman sekarang teknologi semakin berkembang maju. Semuanya di atas jari anda.

Sekali klik sahaja kita dah dapat apa yang kita kehendaki, perkhidmatan jualbeli diatas talian juga tumbuh dengan pesatnya seperti ZALORA.COM, LAZADA.COM dan banyak lagi.

Itu belum kira di FACEBOOK, TWITTER,TAGGED,INSTAGRAM. Semuanya menjadi platform kepada peniaga-peniaga diluar sana untuk mendapatkan pelanggan dengan cepat.

Ini dapat memudahkan kesemua pihak samada pelanggan atau peniaga.Jadi dengan adanya kemudahan ini dapatlah kita menjimatkan MASA, TENAGA, dan WANG RINGGIT kita.

Oleh itu, saya di sini menyediakn satu perkhidmatan pendaftaran interner secara PERCUMA untuk anda.

"Betul ke percuma?"

YE, jawapan saya. Kepada yang tiada internet di rumah dan ingin melanggan pakej yang disediakan oleh pihak TM, anda bolehlah melihatnya DISINI.

Untuk melanggan UNIFI sila lihat samada kawasan anda mendapat COVERAGE. 
KLIK disini untuk pengesahan.


Thursday, August 1, 2013

Apa Itu Jalur Lebar atau Broadband?

Jalur lebar (broadband)

Jalur Lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepadakelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.

Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).


Kelebihan Jalur Lebar

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. 

Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps. 

Dalam hal data eletronik pula, kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.


Internet Jalur Lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, dimana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56kbit/s). 

Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau
lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah
mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.


HSBB

Apa yang menariknya, HSBB menggunakan talian gentian optik (fiber optic) yang menggantikan kabel tembaga (copper cable). Malah, tidak seperti Streamyx, HSBB dilengkapi dengan tambahan fungsi iaitu:


  1. Internet Berkelajuan tinggi. Minimum kelajuan adalah 10Mbps. Jika Streamyx buat masa sekarang maksimum adalah 4Mbps
  2. IPTV – menyalurkan rancangan televisyen melalui internet seperti Malaysia History, Malaysian Football, Tourism dan Games. Melalui IPTV, kebanyakkan saluran televisyen di dunia dapat kita tonton.
  3. Video atas perkhidmatan (VoD)

Jalur Lebar Kebangsaan yang menyediakan Inisiatif Jalur Lebar Negara dalam

pelancaran HSBB dan jalur lebar bagi orang awam (BBGP) bukan sahaja bertindak bagi merapatkan jurang digital dan menambah baik kehidupan ramai orang, malah juga membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta enterprise untuk menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang semakin global sifatnya.

Penggunaan HSBB akan menyediakan platform bagi aplikasi maju, jalur lebar tanpa wayar mudah alih dan perkhidmatan rangkaian, seperti panggilan video tanpa wayar kawasan luas dan data tanpa wayar jalur lebar. 

Perkhidmatan data dan jalur lebar mudah alih bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia dan ekonominya,malah juga mendorong pemantauan cekap melalui pengawasan video rangkaian digital.



No comments:

Post a Comment