Jalur lebar (broadband)
Jalur Lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepadakelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Kelebihan Jalur Lebar
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan.Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.
Internet Jalur Lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, dimana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56kbit/s).Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau
lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah
mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
HSBB
Apa yang menariknya, HSBB menggunakan talian gentian optik (fiber optic) yang menggantikan kabel tembaga (copper cable). Malah, tidak seperti Streamyx, HSBB dilengkapi dengan tambahan fungsi iaitu:- Internet Berkelajuan tinggi. Minimum kelajuan adalah 10Mbps. Jika Streamyx buat masa sekarang maksimum adalah 4Mbps
- IPTV – menyalurkan rancangan televisyen melalui internet seperti Malaysia History, Malaysian Football, Tourism dan Games. Melalui IPTV, kebanyakkan saluran televisyen di dunia dapat kita tonton.
- Video atas perkhidmatan (VoD)
Jalur Lebar Kebangsaan yang menyediakan Inisiatif Jalur Lebar Negara dalam
pelancaran HSBB dan jalur lebar bagi orang awam (BBGP) bukan sahaja bertindak bagi merapatkan jurang digital dan menambah baik kehidupan ramai orang, malah juga membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta enterprise untuk menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang semakin global sifatnya.
Penggunaan HSBB akan menyediakan platform bagi aplikasi maju, jalur lebar tanpa wayar mudah alih dan perkhidmatan rangkaian, seperti panggilan video tanpa wayar kawasan luas dan data tanpa wayar jalur lebar.
Perkhidmatan data dan jalur lebar mudah alih bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia dan ekonominya,malah juga mendorong pemantauan cekap melalui pengawasan video rangkaian digital.